Thursday, November 5, 2009

Hari ini hari jadi abah aku..
agaknya mesti dia sedang menangis kegembiraan kerana tiada seorang pun yang mengadakan surprise party untuknya walaupun dia sudah tidak begitu muda lagi..
oppps..
lupa pula..mak masih ada di sisinya walaupun anak-anaknya sudah tiada lagi kerana merantau mencari jodoh di negeri orang..

Hari ini hari jadi abah aku..
aku teringin sekali hendak balik ke johor pada saat dan ketika ini walaupun aku tahu yang aku sedang menulis tentang abah aku di sini ini..(ko ingat ko bleh sampai johor ke kalau duduk je kat kerusi tu asmida??)
mesti abah aku akan berasa bangga jikalau dia tahu aku sedang mencuri tulang di office sekarang ini semata-mata untuk menulis tentangnya di sini..

Hari ini hari jadi abah aku..
semalam aku menunggu abah aku menelefon untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya sendiri..
tapi malangnya..
dia berdiam sepi sehingga la aku terlena dibuai mimpi..
aku sedar yang abah banyak berkorban untuk aku dan keluargaku..
maka,aku gagahkan diri untuk menekan keypad telefon bimbitku seawal 5.23 pagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI JADI ABAH..
walaupun pagi itu sangat sunyi tetapi aku dapat mendengar hembusan angin dari Fatimah Jasni yang nyenyak di sebelahku..
aku menunggu abah ku membalas pesanan ringkas yang ku kirimkan sebentar tadi..

2 minit..

5 minit..

10 minit..

30 minit..

aku masih lagi menunggu dan terus menunggu..
sehinggalah aku tertidur semula..
abahku masih tidak membalasnya..
terdetik di hatiku..
mungkin abah sedang berqiammulail..
ALHAMDULILLAH..

Hari ini hari jadi abah aku..
semasa aku hendak mencapai telefon bimbitku..
aku telihat sesuatu di skrin..

1 new message
My Abah
5.26 am

akhirnya..pesanan dari abah..
tetapi..yang hairannya..
5.26 pagi???

rupa-rupanya..
telefon bimbitku aku tukarkan ke mode silent malam td..
patutlah..haishh..

Hari ini hari jadi abah aku..
pada hari ini aku ingin mendendangkan sebuah lagu hari jadi yang aku copy and paste di blog razman..sorry bro..aku juz pinjam je..aku sekadar ingin menggembirakan hati abahku sahaja..nanti aku pulangkan balik ye..


"happy birthday to me,
happy birthday to me,
i feel so damn lonely,
won't someone kill me."





SELAMAT HARI JADI ABAH..=)

xoxo~athcomel

Monday, November 2, 2009

Hushh..buat pertama kalinya aku nampak dengan mata kepalaku sendiri Abang ****N menjadi 'the hulk'..aku rasa kalau die bleh tukar warna hijau..dh lama agaknya die bertukar..sedang aku dan anum sibuk membelek-belek entri razman yang lawak cm nk mati 2..tibe-tibe..SENTAP!!!!

Abang ****N tibe-tibe bertukar manjadi hijau..aku dan anum berpandangan sesama sendiri..matanye seperti mahu tersembul keluar..urat-uratnya juga turut menjerit-menjerit mahu turut serta keluar..kami kehairanan..terbantut seketika untuk meneruskan bacaan kami di blog kain buruk td..CUAK KOT!!!

kami bermonolog di dalam hati:

"pehal mamat nie???"

"gila ke apa pak cik nie??"

" ko nie dh kenapa??"

"die nie cm nk mkn aku je.."

disebabkan kami nie hanya trainee..tidak terdaya rasanya untuk meluahkan kata-kata yang terbuku di hati ini..bimbang esok kami tidak akan ke pejabat lagi..

so..
kami berdua hanya mampu melihat dan terus memerhati gerak geri Abang ****N td..bukan gerak geri gasing..takut-takut die pergi membunuh diri..

tp..
die sedang duduk di tempatnya sendiri..tanpa menjelaskan apa-apa kepada kami..
membuatkan kami terus tertanya-tanya di dalam hati..

apa yang pasti..
biarkan die bersendiri..
mencari ketenangan yang hakiki..


xoxo~athcomel

;;